Love in Life

Powered by Blogger.

Kesihatan Saya Lebih Baik Dengan Shaklee

Shaklee menawarkan pelbagai rangkaian produk seperti produk-produk kesihatan, penjagaan diri dan kecantikan serta penjagaan rumah. Di Shaklee kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

KESIHATAN SAYA LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE

Alhamdulillah syukur dalam usia 32 tahun ini Nuha masih direzekikan dengan kesihatan yang baik. Walaupun 10 tahun lepas Nuha sihat walaupun tanpa mengamalkan suplemen, tapi Nuha yang sekarang berbesa dengan Nuha 10 tahun lepas.

Kesihatan Lebih Baik dengan Shaklee
Lebih Ramai Gemarkan Junk Food Berbanding Real Food
Gambar dari: Shutterstock
Nuha jenis suka makan dan semestinya Nuha sukakan makanan-makanan yang sedap, makanan segera, dan semestinya makanan viral. Pantang dengar ada makanan viral baru mesti nak cuba juga. Kita semua tahu makanan sedap di tekak ni secara amnya rendah khasiat, tinggi gula, tinggi pengawet, dan bahan perasa tiruannya.

Lepas Nuha kenal Shaklee, Nuha dapat lebih banyak ilmu tentang pemakanan, nutrisi dan kesihatan. Sekurang-kurangnya dengan Shaklee Nuha lebih peka dengan apa yang masuk ke tubuh badan Nuha. Tak jadi macam dulu lagi dah, makan je ikut sedap tekak.

Baca: Aku yang Dulu Bukanlah yang Sekarang

Bila kita ada ilmu, sekurang-kurangnya kita tahu mana yang terbaik dan mana yang boleh bawa mudarat. Selebihnya Nuha boleh timbang-timbangkan antara nak makan dengan tidak, atau makan pada kadar yang berpada-pada.

Bermula dengan suplemen untuk penyusuan badan, Nuha lebih peka dengan kesihatan badan dan nutrisi. Nuha percaya dengan tambahan suplemen dalam diet harian, kita mampu untuk dapat kesihatan yang lebih baik.

SUPLEMEN UNTUK IBU MENYUSU

Nuha kongsikan antara suplemen Shaklee yang Nuha amalkan semasa menyusui anak-anak.

1- VITALEA IRON FORMULA
Vitalea membantu membekalkan nutrien lengkap yang badan Nuha perlukan dan buat badan Nuha rasa lebih cergas dan bertenaga. Vitalea sangat membantu Nuha untuk mendapatkan zat yang Nuha tidak dapat daripada diet harian. Maklumlah kaum ibu ni sentiasa sibuk sampai terabaikan keperluan diri sendiri.

2- B COMPLEX
B Complex mengandungi 8 jenis vitamin b yang membantu dalam memberi stamina dan tenaga kepada Nuha untuk kekal bertenaga sepanajng hari dalam menguruskan keluarga dan bisnes. Khasiat dalam B Complex juga memeliharan sistem saraf dan membantu dalam mengurangkan stres.

Stres boleh memberi gangguan kepada pengeluaran susu ibu.

Satu lagi yang Nuha suka tentang B Complex ni sebab ianya membantu menukarkan kalori kepada tenaga untuk mengelakkan Nuha daripada menjadi gemuk. Ramai ibu menyusu takut gemuk sebab makan banyak kan?

Sekarang awak dah tahu kan rahsia Nuha kekal berat badan.

3- SUSTAINED RELEASE VITAMIN C PLUS
Ia direka khas untuk memastikan Nuha mendapat bekalan Vitamin C sekurang-kurangnya 100mg setiap jam selama 5 jam. Vitamin C membantu dalam menguatkan pertahanan badan Nuha, dan secara tidak langsung khasiat ini akan dinikmati bersama oleh anak-anak Nuha.

Selain itu, Vitamin C juga adalah rahsia kesihatan dan kecantikan kulit Nuha. Alamak, banyak rahsia Nuha dah terbongkar ni!

Tak apa, benda baik kita kena kongsi. Biar semua orang dapat rasa manfaat yang sama macam yang Nuha dah rasa dengan pengambilan produk-produk Shaklee.

4- ESP MIXED SOY PROTEIN ISOLATE POWDER WITH VANILLA FLAVOUR
Protein adalah komponen utama susu ibu selepas air. ESP merupakan sumber protein tumbuhan (soya bukan GMO) yang diperlukan dalam penghasilan hormon badan yang mana penyusuan badan sangat berkait rapat dengan hormon prolaktin dan oksitosin.

Kekurangan pengambilan protein boleh menyebabkan ibu mengalami kekurang penghasilan susu badan. Alhamdulillah, dengan mengamalkan ESP, Nuha berjaya menyusukan dua orang anak Nuha sehingga usia mereka 2 tahun tanpa masalah susu kurang.

Baca: Suplemen untuk Ibu Menyusu

5- OSTEMATRIX
Osteatrix adalah pil kalsium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan Magnesium, antara komponen utama dalam susu ibu selain protein. ia juga membantu Nuha untuk mendapat rehat yang berkualiti disamping membantu melegakan otot saraf serta mengelakkan tekanan.

Masalah gigi rosak dan sakit-sakit tulang antara simptom kepada kesan kekurangan kalsium di kalangan ibu menyusu.

Dengan kesedaran daripada berShaklee, Nuha dapat corakkan gaya pemakanan keluarga Nuha kepada yang lebih baik. Umum sedia maklum anak-anak yang sedang membesar memerlukan nutrisi dan zat yang padu bagi menyokong tumbesaran mereka.

6- ALFALFA COMPLEX
Alfalfa merupakan galactagoguedan membantu utnuk menggalakkan penghasilan lebih banyak susu ibu.

Selain milk booster, nutrien padat dalam Alfalfa Complex juga membantu dalam isu-isu kesihatan wanita seperti keputihan, merapatkan kembali keintiman dan merupakan agen detox yang membantu menyahkan toksin dari badan.

Dapat kesihatan yang baik itu satu nikmat. Walaupun Nuha masih belum mengamalkan sepenuhnya 3 gaya hidup sihat yang Shaklee anjurkan, sekurang-kurangnya sekarang Nuha lebih cakna tentang pemakanan, nutrisi dan Nuha lebih cakna tentang keperluan nutrisi keluarga dan anak-anak.

Baca: Ada Apa Dengan Shaklee?

Jom kita sama-sama mulakan gaya hidup lebih sihat mulai hari ini dengan Shaklee. Di Shaklee, syarikat bukan hanya menyediakan produk-produk kesihatan berkualiti premium, malah kami dapat banyak info tentang kesihatan dan nutrisi.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati
2 Comment For "Kesihatan Saya Lebih Baik Dengan Shaklee"

Rasa saya nak start try Shaklee dah..memang nampak banyak kawan kesihatan lebih bagus lepas cuba.

Boleh Encik Lori Besar. Better late than never. Hubungi Nuha di 017-4991289 ya. Nuha akan beri cadangan produk bersesuaian dengan Encik. Terima kasih.

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top