Love in Life

Powered by Blogger.

Time Freedom Dengan Bisnes Shaklee

Selain bebas kewangan, Nuha yakin hakikatnya semua orang mahukan rutin harian dengan kebebasan masa. Uruskan masa sendiri, tidak terikat dengan jadual kerja harian, tersangkut pagi dan petang dalam kesesakkan jalan-raya, ada masa lebih untuk bersama keluarga dan anak-anak, pergi makan angin tak perlu tunggu hujung minggu dan pelbagai lagi nikmat kebebasan masa yang awak boleh nikmati dengan bisnes Shaklee.

TIME FREEDOM DENGAN BISNES SHAKLEE

Time Freedom Dengan Bisnes Shaklee
Time Freedom Dengan Bisnes Shaklee
Gambar dari: PNGio.com

Bagi yang mengimpikan time freedom atau kebebasan masa setiap hari, bisnes Shaklee adalah pilihan yang tepat untuk awak jadikan sumber pendapatan utama. Macam Nuha selepas bergelar ibu, Nuha rasa lebih senang hati bila dapat sentiasa dengan anak-anak.

Nuha tahu harini anak makan apa, ada terjatuh ke, ada tumbuh gigi baru pun Nuha akan jadi orang pertama yang tengok. Anak sakit tak risau siapa suami ke isteri yang terpaksa ambil cuti kecemasan untuk jaga anak di rumah.

Jimat duit taska juga kat sini. Bayangkan seorang anak perlukan RM350 (anggaran kasar) untuk belanja taska. Kalau 3 orang anak dah RM750. Tu belum termasuk belanja berulang pergi balik klinik sebab anak tak sihat dijangkiti dan menjangkiti anak-anak lain di taska. Jimat cuti kecemasan juga. Suami Nuha boleh jimat cuti dan guna apabila ada kecemasan lain.

Baca: Mudahnya Buat Bisnes Shaklee Di Hujung Jari

Satu lagi yang Nuha suka sangat tentang kebebasan masa ni bila Nuha dapat balik kampung bila-bila masa yang Nuha nak. Boleh elakkan daripada terperangkap dalam kesesakkan jalan raya semasa peak hour. 

Bukan balik kampung je, jalan-jalan makan angin pun boleh je bila-bila kita nak. Rancang dan pergi saja. 

Baca: Rahsia Capai Bucket List Dengan Incentive Trip Shaklee

Itu masa anak masih kecil. Sekarang ni Nuha dah masuk fasa anak-anak ke sekolah pula. Alhamdulillah Nuha dan suami tidak berhadapan dengan kekalutan menghantar dan jemput anak sekolah. Pagi suami Nuha hantar, tengahari giliran Nuha pula yang akan jemput mereka di sekolah. Kalau ada kelas tambahan atau situasi-situasi yang memerlukan mereka balik sedikit lewat daripada biasa, kami tak risau. Nuha sentiasa "on-call" untuk jemput anak-anak di sekolah.

Dengan bisnes Shaklee, Nuha dapat nikmati lebih lagi daripada ganjaran daripada segi kewangan. Nuha dapat peluang melancong secara percuma, dapat berkenalan dan berkawan dengan leader-leader hebat, dikelilingi dengan insan-insan positif dan semestinya nikmat kebebasan masa itu sendiri.

Baca: 3C Janjikan Bisnes Shaklee Luar Biasa

Best sangat bisnes Shaklee sebab boleh aturkan masa sendiri. Tapi sentiasa beringat kebebasan masa juga menuntut kita untuk jadi seorang yang lebih berdisiplin daripada sebelum ini.

Kenapa Nuha cakap macam ni?

Nuha cakap macam ni yelah sebab kita tak terikat dengan masa. Nak masuk kerja pukul berapa, nak kerja kat mana, kerja nak pakai baju apa semua kita yang tentukan. Jangan terbabas seharian di rumah mengadap Drama Korea pula!

Dari sisi lain, Nuha dapat jadi lebih produktif dalam merancang dan menguruskan masa. Kalau kita bekerja dengan majikan, majikan akan tentukan hari, masa dan lokasi kerja kita. Tapi dengan bisnes Shaklee, awak bos. Bos wajib bijak mengatur masa 24 jam sehari dengan seimbangkan antara urusan peribadi dan keluarga dan juga bisnes.

Alhamdulillah Nuha dapat kebebasan masa melalui bisnes Shaklee. Nuha kongsi apa yang Nuha dah rasa, sekarang Nuha nak ajak awak yang berminat nak ada kebebasan menguruskan masa untuk sama-sama kita buat bisnes Shaklee.

Jangan risau tak tahu berniaga, tak tahu macam mana nak mula bisnes Shaklee ni. Awak join team Excellenters dengan Nuha, kita semua di bawah Group besar #Jutawan. Nuha akan bimbing awak daripada zero menjadi hero. InshaAllah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati
0 Comment For "Time Freedom Dengan Bisnes Shaklee"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top