Love in Life

Powered by Blogger.

SIAPA SAYA

Assalamualaikum & hai.

Nama saya Nurul Hayati Hanisah. Saya selesa dipanggil Nuha (NUrul HAyati). Nuha berumur 32 tahun (2019).

Nuha berkelulusan Sarjana dalam Jurusan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (2013 - UUM).

Shaklee Distributor Kuala Selangor
Nuha, suami dan anak-anak

Berkahwin dengan Aziz Zariff dan dikurniakan 3 orang anak-anak yang comel, Ez-Zahra Dahlea, Luthfi Aduqa dan Hayfa Seroja. Nuha seorang ibu yang bekerja dari rumah (Work at Home Mother - WAHM) dengan menjalankan perniagaan produk kesihatan nombor 1 di US, Shaklee secara sepenuh masa sejak tahun 2013.

Nuha menawarkan khidmat COD produk Shaklee di kawasan Tesco Kuala Selangor dan kawasan sekitar Kuala Selangor. Servis COD ke kawasan berhampiran juga disediakan dengan pelanggan menanggung kos petrol Nuha ke sana. Nuha juga menyediakan servis penghantaran produk Shaklee ke Seluruh Malaysia.

Nuha mempunyai minat yang sangat mendalam dengan aktiviti diy. Banyak aktiviti diy Nuha buat semasa majlis perkahwinan Nuha dan suami (boleh rujuk entry-entry lama).

Nuha sangat berminat dengan dunia penyusuan susu ibu. Seperti ibu-ibu lain, perjalanan misi penyusuan susu ibu yang Nuha tempuhi juga agak mencabar. Alhamdulillah, diizinkan Allah dan diberi kekuatan serta kesabaran kami (Nuha dan anak-anak) dapat menyusu dengan susu ibu hingga mencapai umur 2 tahun. Nuha ada impian untuk menjadi salah seorang Kaunselor Laktasi bertauliah suatu hari nanti. Doakan tau!

Nuha ada banyak impian. Salah satu impian Nuha adalah untuk membantu ibu-ibu menjayakan impian penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Semoga impian ini dipermudahkan Allah, InshaAllah.

Nuha ada satu blog khas tentang penyusuan susu ibu. Jemput ke susubonda.wordpress.com. Blog www.nuhahayati.com ni Nuha akan lebih fokus kepada cerita-cerita personal, diy, produk-produk dan bisnes Shaklee.

Nuha nak berjaya. Berjaya membantu insan lain menjayakan hasrat dan impian masing. Kata Razzi Almansur, 'manusia yang berguna ialah manuia yang memberi faedah kepada manusia lain. 

Sejak tahun 2013 bergelar Shaklee Independant Distributor, Nuha dah ada organisasi Shaklee Nuha sendiri. Nuha bangunkan Team Excellenters untuk semua ahli Shaklee yang mendaftar Shaklee di bawah Nuha. Nuha bimbing downlines yang berminat nak menjana pendapatan dengan Shaklee. Kepada yang berminat nak join Nuha dan Team Excellenters, awak sangat dialu-alukan. Boleh hubungi Nuha di talian tertera di bawah.

InshaAllah Nuha akan pandu dan bimbing awak untuk capai impian-impian awak bermula daripada zero sampai jadi hero. Paling penting, awak kena rajin untuk tolong diri sendiri untuk berjaya. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Salam sayang,
Nuha
Shaklee Distributor Since 20193
017-4991289 (sms/ whatsapp)
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati
1 Comment For "SIAPA SAYA"


Everyone loves it when people get together and share views. Great blog, continue the good work! itunes account login

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top